Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Fuziah ganti Rafizi rasmikan kongres AMK, Wanita PKR

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, akan merasmikan Kongres Nasional Pemuda (AMK) dan Wanita PKR yang dijadual berlangsung di Johor Bahru esok.

Perkembangan itu berlaku selepas usaha memujuk Rafizi Ramli merasmikan majlis tersebut selaku timbalan presiden parti seperti apa yang lazim berlaku setiap tahun.

Bercakap kepada Malaysiakini, Fuziah mengesahkan bahawa dia menerima pelawaan sayap itu untuk merasmikan persidangan mereka pada awal hari ini.

Fuziah berkata pemimpin AMK dan Wanita PKR telah memintanya untuk menggantikan Rafizi selepas menteri ekonomi itu menolak jemputan mereka.

Menjelaskan perkara itu, Fuziah berkata, dia tidak terus memberikan persetujuan atas jemputan yang diterima, sebaliknya menasihatkan AMK dan Wanita PKR agar memujuk Rafizi sebaik mungkin.

"Saya beritahu mereka supaya cuba yang terbaik, dan mereka daj melakukannya tetapi gagal.

"Justeru saya memutuskan untuk menerima jemputan kerana tidak mahu melemahkan semangat mereka," katanya.

Menurut Fuziah lagi kedua-dua sayap PKR itu mahu dia hadir menggantikan Rafizi bagi mengelak sebagai perspsi bahawa mereka cenderung kepada mana-mana kumpulan.

Hal itu kerana, Fuziah tidak terlibat dalam mana-mana persaingan jawatan peringkat majlis pimpinan pusat parti berkenaan dalam pemilihan Jumaat ini.

Sementara itu, Fuziah yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup turut ditanya mengenai konflik dalaman yang semakin memuncak ekoran persaingan sengit di antara Rafizi dan pencabarnya, Nurul Izzah Anwar.

Menjelaskan pemilihan PKR sentiasa menjadi isu yang diperhatikan, Fuziah tetap optimis ahli parti akan bersatu selepas pemilihan selesai.

“Mereka mungkin terpolarisasi pada masa ini, tetapi saya percaya mereka semua sayangkan parti dan mereka mahukan yang terbaik untuk parti ini.

"Saya percaya kami akan bersatu semula secepat mungkin dan bergerak ke hadapan," katanya.

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS