80 anggota, pegawai polis kawal himpunan esok
Diterbitkan: May 23, 2025 6:45 PM
Polis menugaskan 80 anggota dan pegawai untuk mengawal suatu perhimpunan yang akan diadakan di pekarangan pusat beli-belah Sogo esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizme Affendy Sulaiman berkata pihak berkuasa mengambil maklum mengenai himpunan itu dan penugasan anggota berkenaan dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam terjamin.
“Polis telah mengadakan perbincangan dengan penganjur, namun mereka tetap dengan pendirian untuk meneruskan himpunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/386882ce803fa087cf2c4e01a982c25c.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.