Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sabah: BN terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti - Zambry
Diterbitkan:  May 26, 2025 6:09 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Barisan Nasional (BN) terbuka untuk berbincang dan menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“BN terus mengadakan siri perbincangan dan saya ingin sahkan bahawa proses perbincangan kita telah pun dimulakan dan proses itu akan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Karisma Pemimpin Muda Madani 2025 di Putrajaya hari ini.

Zambry berkata BN turut mengambil kira gabungan BN dan PH sendiri mempunyai komponen parti dari Sabah dan oleh itu memerlukan pendekatan menyeluruh bagi memastikan kestabilan dan kekuatan gabungan.

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata rundingan awal antara BN dan PH bagi agihan kerusi telah dimulakan dan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025, pada Sabtu lepas menuntut supaya PKR diberikan sekurang-kurangnya 13 kerusi untuk bertanding pada PRN Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS