Perhimpunan agung Umno bermula hari ini
Lebih 2,500 perwakilan dari 190 bahagian Umno berkumpul di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini untuk menghadiri perhimpunan agung selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat ini.
Lebih 2,500 perwakilan dari 190 bahagian Umno berkumpul di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini untuk menghadiri perhimpunan agung selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat ini.
Perhimpunan agung kali ini turut disertai lebih 50 perwakilan Kelab Umno luar negara di seluruh dunia serta lebih 60 anggota delegasi 27 parti politik dari 25 luar negara, termasuk Afghanistan, Kemboja, China, Cuba dan India.
Dalam ucapan perasmiannya, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyentuh mengenai persiapan menghadapi pilihanraya umum, halatuju politik Umno yang menjadi tulang belakang kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Majlis Tertinggi Umno melantik Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Badruddin Amiruldin sebagai pemangku Pengerusi Tetap Umno bagi mengendalikan perhimpunan hari ini.
Ini kerana Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail tidak dapat menjalankan tugas-tugasnya atas sebab uzur.
Manakala perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno telah berlangsung semalam.

