Kadar kemiskinan Melayu lebih tinggi dari kaum Cina
Kadar kemiskinan orang Melayu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di kalangan kaum Cina di negara ini, kata perwakilan Umno Melaka, Datuk Idris Haron.
Kadar kemiskinan orang Melayu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar kemiskinan di kalangan kaum Cina di negara ini, kata perwakilan Umno Melaka, Datuk Idris Haron.
Menurutnya, walaupaun kadar kemiskinan orang Melayu telah menurun tetapi ia masih tinggi berbanding dengan kadar kemiskinan kaum Cina yang hanya 0.6 peratus.
"Pendapatan bulanan isi rumah kita pula adalah lebih rendah daripada pendapatan isi rumah kaum Cina iaitu hanyalah 82 peratus daripada pendapatan merka sebanyak RM3,160 sebulan," katanya berucap di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
"Pemilikan ekuiti kita pada tahun 2006 hanyalah 14 peratus sedangkan sasaran kita adalah sebanyak 30 peratus, manakala pemilikan aset adalah lebih parah lagi," katanya.
Sehubungan itu, katanya, bagi memenuhi tuntutan melonjakkan ekonomi orang Melayu "kita hendaklah terlebih dahulu berusaha mengembangkan ekonomi negeri dan negara".
"Ekonomi yang berkembang pesat adalah kritikal kerana prinsip kita, seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, ialah kita hendak berpegang kepada prinsip tidak merampas hak mana-mana kaum," tambahnya.
Suasana ekonomi
Pengagihan kek ekonomi seperti 50 tahun yang lalu, tambahnya, akan terus dilaksanakan dalam suasana ekonomi yang berkembang.
"Sedarlah bahaw kemiskinan kita tidak akan terhapus dengan mengeluh dan menyalahkan orang lain.
"Masalah keciciran kita tidak akan selesai dan kita tidak akan 'survive' dan menjadi kuat dengan hanya menjerit 'hidup Melayu'
"Kita sendiri yang mesti komited secara serius untuk memajukan bangsa kita bagi masa depan generasi kita yang lebih cerah," tegas Idris.
Justeru, katanya, tabiat 'mula dengan mengingatkan matlamat' untuk kepentingan dan faedah orang Melayu amatlah penting.
"Yang demikian, barulah apa yang dirancang dan dilaksanakan akan dapat dinikmati oleh bangsa kita. Jika tidak, orang lain akan 'makan daging dan kita akan terrus dapat kuahnya sahaja'
Pelaksana dasar
"Berdasarkan kejayaan terhad orang Melayu seperti yang saya lakarkan tadi, saya khuatir, antara sebabnya ialah pelaksana dasar tidak memiliki tabiat 'mula dengan mengingatkan matlamat'.
"Dan matlamat itu, secara conscious, ialah kesedaran, keinsafan dan komitmen untuk menolong bangsanya sendiri," katanya.
"Nampaknya mereka tidak mempunyai matlamat suci ini. Jika mereka kata mereka memiliki tabiat dan matlamat tersebut maka bagaimana mereka boleh jelaskan tentang kemunduran dan keciciran orang Melayu, sedangkan hampir 85 peratus pengendali jentara kerajaan di negara ini adalah berkulit sawo matang dan hampir semua jawatan kanan dan tinggi disandang oleh mereka.
"Ada antara mereka yang terlalu mementingkan tahap profesionalisme sehingga melupakan tuntutan supaya menolong bangsa sendiri.
"Mereka terlupa asal usul mereka. mereka terlupa budi Umno kepada mereka. Mereka terlupa bahawa tanpa Umno, tahap kehidupan mereka sendiri akan sama seperti saudara mara serumpuan di singapura, selatan thailand dan indonesia yang sedang mengalami kesulitan.
"Lantaran itu, saya ingin menyeru semua pegawai melayu agar segera berhijrah dan memilik tabiatat 'mula dengan mengingatkan matlamat'.
"Matlamat tersebut saya ulangi ialah kesedaran, keinsafan dan komitmen untuk menolong bangsa sendiri," katanya.

