Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM sita semula Menara Ilham milik Daim
Diterbitkan:  Jun 5, 2025 5:13 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

SPRM memaklumkan pihaknya memperoleh kelulusan untuk menyita semula Menara Ilham milik Allahyarham Daim Zainuddin, sebuah bangunan korporat terkenal di pusat bandar Kuala Lumpur.

Pada tahun 2023, bangunan itu pernah disita di bawah Akta SPRM 2009.

Agensi antirasuah tersebut mengumumkan penyitaan kali ini dilakukan di bawah Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), susulan notis penyitaan harta tak alih yang dikeluarkan pada 4 Jun.

“Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

"Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001,” menurut kenyataan SPRM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS