Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AS mungkin tangguh tarif bagi negara yang ikhlas berunding
Diterbitkan:  Jun 12, 2025 11:48 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

GLOBAL l Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada Rabu berkata pentadbiran Trump “berkemungkinan besar” menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas negara-negara yang sedang mengadakan rundingan perdagangan “secara ikhlas” dengan AS, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan AS, Bessent berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan 18 “rakan kongsi dagang penting” ke arah mencapai perjanjian perdagangan.

“Kemungkinan besar negara-negara itu atau blok perdagangan seperti dalam Kesatuan Eropah (EU), yang sedang berunding secara ikhlas, akan diberi penangguhan bagi membolehkan rundingan diteruskan,” katanya.

“Jika ada yang tidak berunding, maka kami tidak akan melakukannya,” tambahnya.

Walaupun rundingan masih berjalan dengan beberapa negara, hanya beberapa perjanjian yang berjaya dimuktamadkan setakat ini.

AS setakat ini hanya mengumumkan satu perjanjian perdagangan rasmi dengan United Kingdom dan satu perjanjian rangka kerja dengan China.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS