Walaupun polis mengawal hampir keseluruhan bandaraya dan menutup sepenuhnya Dataran Merdeka, ribuan orang hadir menyertai perhimpunan di kompleks membelibelah Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih (lihat peta).

4.00 petang: Serah memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di luar pagar Istana Negara. Delegasi Bersih diketuai oleh Anwar dan disertai bersama oleh Hadi, Nasharuddin Mat Isa (timbalan presiden PAS), Kit Siang, Guan Eng. Mereka kemudiannya meminta orang ramai bersurai.

3.55 petang: Anwar, Hadi, Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pemimpin lain bersedia untuk menyerahkan memorandum

3.45 petang: Anwar tiba dengan menaiki motosikal. Anwar dan Hadi berucap kepada orang ramai.

3.40 petang: Ramai lagi, kebanyakannya dari Masjid Jamek, sedang berarak untuk menyertai perhimpunan lebih 40,000 orang di Istana Negara. Mereka kini berada berhampiran stesen lama KTM berhampiran Jalan Maharajalela.

3.30 petang: Tujuh anggota Bersih akan dibenarkan pergi ke pintu pagar Istana Negara untuk menyerahkan memorandum meminta Yang di-Pertuan Agung campurtangan untuk membawa pembaharuan pilihanraya. Delegasi tersebut sedang menunggu ketibaan Anwar yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan terpaksa datang dengan menaiki motosikal.

3.20 petang: Delegasi Bersih, termasuk Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP dan Hadi, sedang menunggu kira-kira 100 meter di luar Istana Negara.

3.12 petang: Kira-kira 40,000 orang kira-kira 100 meter dari Istana Negara. Terdapat 150 anggota polis anti-rusuhan berkawal di situ bersama trak-trak meriam air.

3 petang: Jumlah mereka yang berkumpul meningkat kira-kira 40,000, epanjang setengah kilometer kini berada 300 dari Istana Negara, diketuai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba.

2.50 petang: 10,000 dari Masjid Negara mula berarak ke Istana Negara. Mereka berpecah kepada dua kumpulan menggunakan laluan berbeza.

2.45 petang: Polis mengambilalih jalan di depan Masjid Jamek selepas melepas berbelas das tembakan gas pemedih mata. Orang ramai bergerak meninggalkan kawasan Dataran Merdeka.

2.40 petang: 500 orang yang berarak dari Pasar Seni bertembung dengan 100 anggota polis mencegah rusuhan, kira-kira 50 dari Dataran Merdeka. Polis telah mengadakan dua barisan benteng untuk menghalang mereka.

2.39 petang : Anggota polis di Masjid Jamek mula melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas mereka yang berkumpul di situ, serta tembakan meriam air.

2.35 petang: Kira-kira 500 orang berarak dari Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka dalam hujan lebat, dengan diekori oleh kira-kira 100 anggota polis mencegah rusuhan. Kumpulan itu diketuai oleh pemimpin Bersih Bersih leader Tian Chua, berserta laungan 'Daulat Tuanku'.

2.25 petang: Jumlah orang ramai meningkat kepada 2,000 di kawasan Masjid Jamek. Tembakan meriam air dilepaskan sebanyak empat kali ke dalam Masjid India dan sebuah bank berhampiran masjid tersebut. Penunjuk perasaan berlindung di dalam masjid tersebut dan stesen LRT Masjid Jamek.

2.10 petang: Polis melepas tembakan meriam air bercampur bahan kimia ke arah 1,000 orang di Masjid Jamek, dekat stesen LRT. Usaha pihak polis untuk meleraikan mereka dilakukan tanpa memberi sebarang amaran. Anggota polis mencegah rusuhan membentuk benteng di luar masjid. Lebih 500 lagi orang ramai berada di dalam Masjid India, berhampiran. Hujan mula turun.