Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pensyarah, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin sedia berdepan dengan tindakan perundangan yang dimulakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar terhadapnya.

Abu Hafiz bagaimana menolak tuduhan yang dia memfitnah menteri agama, sebaliknya hanya melontarkan kritikan.

"Insha-Allah urusan perundangan dalam saman menteri agama, saya akan diwakili saudara Faizal Rahman dari MESSRS Faizal Rahman & Co.

"Saya nafikan tuduhan fitnah yang dituduhkan. Apa yang berlaku itu melibatkan hak orang awam untuk kritik menteri sebagai pembuat dasar yang memberi impak pada masyarakat awam di Malaysia. 

"Ada pun menteri itu tidak kebal untuk dikritik dan terdapat isu kepentingan awam yang perlu disuarakan dalam negara demokrasi," katanya kepada Malaysiakini.

Mohd Na'im Mokhtar

Semalam, media melaporkan  Mohd Na'im memfailkan saman fitnah terhadap Abu Hafiz minggu lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Akberdin & Co, pada 14 Jun lalu.

Saman dikemukakan Na'im  berhubung kenyataan  berbaur fitnah yang didakwa disiarkan Abu Hafiz selaku defendan di aplikasi X dan laman sosial Facebook.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Mohd Na'im berkata, sejak penghujung 2024, defendan menunjukkan pola konsisten menerusi pelbagai kenyataan awam, sama ada melalui posting di akaun X atau akaun Facebook miliknya atau kenyataan yang disiarkan portal berita.

Plaintif berkata, ia secara langsung atau tidak langsung menyentuh dan menyerang dirinya secara tidak adil dan keterlaluan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS