Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Putin nafi Tehran minta sokongan ketenteraan
Diterbitkan:  Jun 19, 2025 9:44 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

GLOBAL | Presiden Rusia Vladimir Putin menafikan Iran ada meminta sokongan ketenteraan daripada Moscow ketika ketegangan dengan Israel kian.

Dia juga menolak tanggapan wujudnya pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara, lapor Anadolu Ajansi.

“Iran tidak meminta sebarang bantuan ketenteraan daripada kami.

“Malah ketika kami pernah menawarkan kerjasama membangunkan sistem pertahanan udara sebelum ini, Iran menunjukkan minat yang sangat sedikit,” katanya semasa sesi pertemuan dengan ketua-ketua agensi berita antarabangsa di St Petersburg hari ini.

Putin turut menyatakan bahawa mencari jalan untuk menamatkan permusuhan antara Iran dan Israel adalah demi kepentingan semua pihak.

Katanya beberapa pilihan telah diketengahkan untuk menangani kebimbangan kedua-dua pihak dan ia dikemukakan kepada rakan berkepentingan yang relevan.

Putin juga mengesahkan Rusia dan Iran telah menandatangani kontrak bagi pembinaan dua unit tambahan di loji kuasa nuklear Bushehr.

“Kerja pembinaan sedang berjalan. Pakar-pakar kami berada di lokasi — lebih 200 orang,” katanya.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS