Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump umum gencatan senjata antara Iran, Israel kini bermula
Diterbitkan:  Jun 24, 2025 8:59 PM
Dikemaskini: 12:59 PM

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal Selasa mengumumkan bahawa gencatan senjata antara Iran dan Israel kini berkuat kuasa, sambil menggesa kedua-dua pihak supaya mematuhi perjanjian itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“GENCATAN SENJATA KINI BERKUAT KUASA. TOLONG JANGAN INGKARINYA!” kata Trump di platform media sosialnya, Truth Social.

Pada Isnin, Trump menyatakan bahawa Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata “sepenuhnya dan menyeluruh” susulan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Gencatan senjata itu diumumkan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Udeid milik tentera AS di Qatar pada Isnin, menandakan peningkatan ketara selepas serangan udara AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran sehari sebelumnya.

Komando Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan tentera AS, dengan kerjasama pihak berkuasa Qatar berjaya mempertahankan serangan itu dan mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kematian dalam kalangan anggota AS mahupun Qatar.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS