Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UiTM beri Anugerah Jasamu Dikenang pada Hamidin
Diterbitkan:  Jul 3, 2025 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengurniakan Anugerah Jasamu Dikenang kepada Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin.

Anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah Sukan universiti itu di UiTM Shah Alam, malam tadi. 

“Anugerah berprestij itu diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar beliau dalam pembangunan bola sepak Malaysia, termasuk memperkasakan peranan institusi pengajian tinggi dalam ekosistem sukan negara,” menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Isnin lalu, Hamidin kembali secara rasmi ke FAM sebagai presiden kehormat.

Bekas presiden itu antaranya bertanggungjawab menasihati badan-badan utama serta bertindak sebagai duta rasmi FAM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS