Trump umum tarif tambahan 10% pada negara terlibat dengan Brics
Diterbitkan: Jul 7, 2025 1:25 PM | Dikemas kini: Jul 7, 2025 1:28 PM
Presiden Amerika Syarikat AS Donald Trump mengumumkan tarif tambahan 10 peratus kepada negara-negara yang terlibat dengan Brics.
"Mana-mana negara yang menyertai dasar anti-Amerika Brics, akan dikenakan tarif tambahan 10 peratus.
“Tiada pengecualian untuk dasar ini. Terima kasih atas perhatian anda dalam hal ini!" tulis Trump di media sosial Truth Social.

Trump tidak menghuraikan maksud anti-Amerika itu.
Brics ialah blok ekonomi pelbagai negara seperti Brazil, Rusia, India dan China.
Malaysia adalah negara rakan kumpulan ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/d84dc659809f0724eea420c324af8a20.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.