Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi baru angkat sumpah 28 Julai - PM

Lapan Hakim Mahkamah Rayuan dan 14 Hakim Mahkamah Tinggi yang baharu dijadual mengangkat sumpah pada 28 Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata proses pelantikan itu telah melalui semua peringkat sewajarnya termasuk penilaian Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), perbincangan dengan Raja-Raja Melayu serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Ramai tanya saya kenapa tidak umum lebih awal. Saya tidak boleh jawab sewenang-wenangnya kerana proses pelantikan hakim melibatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Ia perlu melalui perbincangan bersama Raja-Raja dan setelah dipersetujui barulah dibawa semula kepada Agong untuk diperkenan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Permatang Pauh hari ini.

Anwar berkata tiada hakim yang dipecat sepertimana digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya proses pemilihan hakim baharu perlu dilaksanakan dengan teliti dan penuh hormat kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan di Facebook, Anwar berkata beliau amat memahami cabaran yang masih dihadapi masyarakat Bumiputera sama ada dalam merebut peluang perniagaan, memperkukuh keupayaan keusahawanan, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti atau dalam soal pemilikan rumah.

“Oleh itu, saya sering tegaskan bahawa kuasa bukan sekadar untuk disandang atau keistimewaan tetapi adalah amanah yang mesti dimanfaatkan sebaiknya demi kebaikan rakyat.

“Peluang yang ada perlu diterjemah melalui dasar, program dan projek yang benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Kerajaan MADANI tampil dengan komitmen yang jelas,” katanya.

Pada majlis itu juga, turut diadakan Program Didik Kasih Peranti MADANI, iaitu satu inisiatif bagi memberi penghargaan kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kenduri rakyat yang menghimpunkan lebih 3,000 orang terdiri daripada masyarakat setempat, sekali gus melambangkan keakraban dan keterbukaan pemimpin untuk terus bersama rakyat di setiap peringkat.

- Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS