Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Dasar bumiputera tak boleh diganggu dalam rundingan dengan negara luar'

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara, termasuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif.

Anwar berkata walaupun pelaburan dan perdagangan dengan AS adalah tinggi, Malaysia mempunyai 'redline' dalam rundingan iaitu dasar bumiputera tidak boleh diganggu meskipun dianggap 'diskriminatif' oleh pihak luar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peluang kepada syarikat tempatan juga perlu dipertahankan dalam rundingan dengan AS.

Dia turut menegaskan pendekatan Malaysia lebih teliti dan tegas demi memastikan kepentingan negara terjaga dan hubungan perdagangan dengan negara lain termasuk China dan Asean terus diperkukuh sebagai langkah memperluas pasaran.

“Itu ‘redline’ kita dalam rundingan (tarif) dan sebab itu, rundingan kita lebih teliti dan tegas. Kita terus berdagang dengan semua negara tetapi tiada negara yang boleh meletakkan syarat yang menekan kita,” katanya pada majlis perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS