Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KSN jangan kurang ajar dengan Rukun Negara - aktivis
Diterbitkan:  Jul 21, 2025 1:01 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Kumpulan pelajar membidas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar kerana melarang penjawat awam menyertai demonstrasi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan, Sabtu ini.

Federasi Pemuda Kebangsaan berkata demikian ketika menolak larangan Shamsul Azri atas alasan tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dalam Rukun Negara.

“Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar jangan kurang ajar dengan rukun negara dan perlembagaan persekutuan. 

“Inilah masalah apabila hanya mengambil rukun negara mengikut kehendak rasa, akhirnya gagal memahami konteks secara menyeluruh,” kata pemimpin kumpulan itu Hamdin Nordin.

Hamdin Nordin

Satu demonstrasi bagi menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dijadual berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Usuf Jan Mohamad berkata Cawangan Khas PDRM mengunjurkan kehadiran antara 10,000 hingga 15,000 orang.

Dalam kenyataan hari ini, Hamdin menyindir Shamsul Azri sebagai menutup telinga ketika penjawat awam lain membaca Rukun Negara setiap minggu.

Hamdin mengingatkan terdapat rukun lain iaitu keluhuran perlembagaan dan perkara 10 perlembagaan menjamin hak hak untuk berhimpun, bersuara dan berorganisasi.

“Atau mungkin KSN setiap kali membaca Rukun Negara, dia hilangkan rukun ketiga tentang keluhuran perlembagaan,” perlinya.

Hamdin Mengingatkan bahawa perlembagaan adalah dokumen tertinggi negara, bukan arahan lisan daripada mana-mana individu berkuasa. 

“Sekiranya beliau sendiri gagal memahami prinsip asas negara, maka adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan dan berhenti memalukan institusi perkhidmatan awam,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS