Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lee sindir Wee: Kamu tak dengar ke pengumuman PM tadi?
Diterbitkan:  Jul 23, 2025 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Penolong Setiausaha Organisasi DAP Lee Chin Chen membidas Presiden MCA Wee Ka Siong yang mencadangkan kerajaan sediakan mekanisme untuk memulangkan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 jika tidak diperlukan.  

Lee menyindir Wee sebagai tidak mendengar dengan teliti pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pagi tadi.  

Lee berkata Anwar telah mengumumkan semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan khas RM100 ini.  

"Ia boleh digunakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember. Cuma bawa kad pengenalan ke kedai MyKasih yang berdaftar.  

"Jika mereka, seperti Wee, tidak mahu menuntut RM100 itu, tidak mengapa. 

“Jumlah tersebut akan automatik dikembalikan kepada kerajaan selepas 31 Disember, untuk membantu penerima Sara tahun depan," jelas timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Pahang itu.  

"Adakah Wee akan arahkan semua pemimpin dan ahli MCA di setiap peringkat untuk secara sukarela menolak bantuan ini?" tambah Lee di media sosialnya.

Lee Chin Chen

Terdahulu Wee mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanisme untuk rakyat yang tidak mahu atau tidak memerlukan bantuan RM100 Sara yang diumumkan hari ini.

Katanya, langkah itu perlu supaya golongan terbabit boleh memulangkan semula bantuan bernilai RM100 tersebut secara sukarela kepada kerajaan.

Katanya, daripada membelanjakan duit untuk “langkah populis” golongan yang mungkin tidak memerlukan, lebih baik dana itu digunakan untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan atau menaik taraf sistem kesihatan dan pendidikan negara.

Anwar mengumumkan sumbangan RM100 secara sekali beri itu sempena Hari Kebangsaan bagi meringankan beban sara hidup, selain penghargaan kepada rakyat.

Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

Perkara itu antara pengumuman khas Anwar hari ini, selain penurunan harga RON95 sebanyak 6sen seliter sebelum akhir September serta pemberian cuti pada 15 September tahun ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS