Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
FB sekat audio tular sebab langgar dasar kandungan - MCMC
Diterbitkan:  Jul 25, 2025 8:38 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Audio tular yang didakwa dirakam semasa mesyuarat dalaman telah disekat oleh Facebook (Meta) susulan pelanggaran dasar kandungan platfrom itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform tersebut.

Menurut MCMC, tindakan pemantauan dan siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“MCMC memandang serius perbuatan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, khususnya apabila kandungan tersebut berpotensi melanggar privasi dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, berunsur jelik atau menimbulkan kegusaran kepada individu terlibat.

“MCMC ingin mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di platform digital,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau berunsur provokasi boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS