Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua polis Jerantut meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 26, 2025 9:13 PM
Dikemaskini: 1:13 PM

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad meninggal dunia di rumahnya di Taman Saujana Utama, Jerantut hari ini akibat serangan jantung.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata Zukri, 59, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang tadi.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Krau, Raub selepas Maghrib hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zukri dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jerantut pada April tahun lepas dan akan bersara wajib bulan hadapan.

Yahaya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Zukri dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS