Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CAP sambut baik cadangan larangan vape seluruh negara
Diterbitkan:  Jul 29, 2025 3:06 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang meneliti secara terperinci langkah ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kadeer menyifatkan langkah itu sesuai pada masa ini kerana larangan terbabit akan dapat menyelamatkan generasi akan datang berikutan vape dan produk tembakau berbahaya serta menyebabkan ketagihan.

Mohideen Abdul Kadeer

"Produk tembakau dan vape juga mengandungi bahan toksik. Terdapat juga peningkatan kes vape yang dicampur dengan bahan terlarang," katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad atas cadangan dan penelitian larangan itu.

Semalam, Dzulkefly berkata sebarang cadangan pengharaman penuh akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk bukti saintifik, kes EVALI (kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape), aspek perundangan, implikasi terhadap industri, ekonomi serta keberkesanan penguatkuasaan.

Pada masa ini, enam negeri telah menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik, iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS