Malaysiakini.com menyambut ulangtahun kelapannya hari ini.

Lamanweb berita bebas ini bermula pada 20 November 1999 dengan tiga wartawan, tetapi kini sudah berkembang dan diterbitkan dalam tiga versi bahasa, dan menarik lebih 100,000 pelayar unik yang mengakses satu juta halaman serta 15,000 muat-turun video sehari.

Lebih 20 petubuhan awam dan kerajaan, termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Luar dan Parlimen adalah antara pelanggan berbayar Malaysiakini .

"Ia merupakan satu perjalanan yang jauh, dengan menghadapi pelbagai cabaran. Saya gembira kita dapat menghadapinya dengan tabah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

"Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucap terima kasih kepada para pelanggan, pengiklan, penderma serta para pelabur kami serta para penyumbang kepada Malaysiakini - kolumnis, penulis rencana, penulis surat - kerana tanpa anda semua, kita tidak akan berada di tempat kami sekarang," tambah Premesh (kanan).

Malaysiakini diasaskan bersama oleh Premesh serta rakan wartawannya, Steven Gan, dengan visi untuk menggunakan teknologi baru untuk menyokong pembangunan kebebasan bersuara, keadilan sosial serta demokrasi di Malaysia.

Beroperasi dengan enam orang kakitangan beberapa tahun yang lalu, Malaysiakini sudah berkembang pesat - dan kini mempunyai 24 kakitangan editorial - versi bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahagian Video - enam kakitangan bahagian teknologi dan lapan kakitangan bahagian perniagaan dan pemasaran.

"Dengan bangganya saya menyatakan bahawa pasukan Malaysiakini - bahagian berita, teknologi, perniagaan dan pemasaran - telah melakukan keajaiban untuk menghasilkan berita-berita penting, dan pada masa yang sama, berusaha di segi kewangan untuk terus beroperasi," tambah Steven Gan.

"Dari awal-awal lagi, kami percayai bahawa media yang bebas mesti disokong dengan sumber kewangan yang bebas. Apabila hasil iklan semata-mata tidak dapat menyokong operasi lamanweb ini pada tahun 2001, kita terpaksa memperkenalkan model langganan," katanya.

Terima kasih atas sokongan anda

Gan menceritakan saat di mana Malaysiakini terpaksa mengenakan bayaran kepada para pembacanya untuk melanggan lamanweb ini.

"Terima kasih kepada sokongan berterusan anda semua, hari ini kami merupakan antara segelintir lamanweb berita langganan di dunia yang terus maju," katanya.

"Menjadi lamanweb yang paling berpengaruh di negara ini tidak membawa sebarang makna sekiranya Malaysiakini tidak mampu bertahan sebagai sebuah entiti perniagaan," tegas Gan.

Walaupun dikenali dengan berita-berita bebas yang disiarkanya, Malaysiakini juga turut berkembang menjadi sebuah pertubuhan media yang pelbagai.

Syarikat ini mempunyai tiga anak syarikat utama.

Manage4me.com, sistem pengurusan bayaran dan langganan melalui talian (online) dengan lebih 10,000 ahli dan mengendalikan prosesan lebih RM1 juta setahun.

Pusat E-Media bagi Asia Tenggara (SEACeM), yang mengendalikan latihan media dan telah berjaya menyediakan bantuan teknikal kepada media bebas dan badan

bukan kerajaan (NGO) di 12 negara Asia.

Kinibooks.com, pula menerbit dan menjual buku melalui talian.

Untuk masa depan? Tiada siapa yang tahu. Tetapi Malaysiakini merancang untuk terus berkembang bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pembaca kami.

"Kami mahu berkembang melewati sempadan Internet - hingga ke telefon bimbit dan di rumah-rumah. Kami juga bermatlamat untuk berkembang ke sebarang laut dengan portal berita video yang baru yang menggabungkan rangkaian sosial, kumpulan berita dan kandungan janaan-pengguna," kata Premesh.

Tetapi semua usaha tersebut tidak akan menjejaskan Malaysiakini daripada mempertahankan misi asalnya -- iaitu untuk menyajikan berita dan pandangan yang bebas kepada para pembacanya. Pusat E-Media bagi Asia Tenggara (SEACeM), yang mengendalikan latihan media dan telah berjaya menyediakan bantuan teknikal kepada media bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) di 12 negara Asia.

Untuk masa depan? Tiada siapa yang tahu. Tetapi Malaysiakini merancang untuk terus berkembang bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi kepada pembaca kami.

"Kami mahu berkembang melewati sempadan Internet - hingga ke telefon bimbit dan di rumah-rumah. Kami juga bermatlamat untuk berkembang ke sebarang laut dengan portal berita video yang baru yang menggabungkan rangkaian sosial, kumpulan berita dan kandungan janaan-pengguna," kata Premesh.

Tetapi semua usaha tersebut tidak akan menjejaskan tumpuan Malaysiakini dalam mempertahankan misi asalnya - iaitu untuk menyajikan berita dan pandangan yang bebas kepada para pembacanya.