Kelulusan tanah k'jaan dipohon Datuk Z dipersoal
Ketua Pembangkang Teng Chang Khim mempersoalkan tanah kerajaan seluas 14,000 kaki persegi yang didakwanya telah diluluskan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Datuk Zakaria Md Deros.
Beliau mendakwa Zakaria melalui isterinya Datin Zizah Ngah telah memohon tanah kerajaan itu yang terletak bersebelahan kediamannya di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang dekat sini, untuk menukar statusnya kepada Lesen Penempatan Sementara, demikian menurut Bernama.
"Permohonan Zakaria ke atas tanah milik kerajaan tersebut telah mendapat kelulusan pejabat tanah dan tidak mendapat bantahan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).
"Pohon Menteri Besar ambil tindakan terhadap wakil rakyat itu dan pihak yang meluluskan permohonan itu," kata Teng (DAP-Sungai Pinang) semasa membahaskan Bajet 2008 Selangor yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Zakaria yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi selepas media mendedahkan beliau membina rumah mewah tiga tingkat bernilai kira-kira RM3 juta tanpa kelulusan MPK, bagaimanapun enggan mengulas dan menyerahkan kepada Menteri Besar untuk menjawab dakwaan Teng.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mohamad Khir berkata Zakaria ada membuat permohonan tersebut tetapi masih belum ada keputusan dibuat.
Beliau berkata kerajaan negeri masih mengkaji implikasi permohonan itu dari segi politik dan pentadbiran.
"Permohonan semua orang boleh buat tetapi kita nak tengok laporan teknikal dulu sama ada tanah itu boleh atau tidak beri keuntungan kepada kerajaan.
"Bagaimanapun saya dah `check' (periksa), ia (permohonan Zakaria) masih belum diputuskan," katanya.