Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tarif baru air hampir semua negeri berkuat kuasa esok
Diterbitkan:  Jul 31, 2025 12:12 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Kadar baru tarif air bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan semalam dan akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.

Kecuali Perak dan Labuan, kadar tarif domestik meningkat di semua negeri.

Bagi pengguna dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, caj bulanan minimum tidak berubah pada RM6.50. Begitu juga caj minimum di Johor untuk meter individu kekal pada RM10.50.

Kenaikan tertinggi dalam caj minimum ialah di Perlis (meningkat RM1.60 kepada RM8.80) dan Kelantan (RM1.20 menjadi RM8).

Sementara itu, pelanggan yang menjadi pengguna air tertinggi akan paling terjejas di Terengganu apabila tarif untuk penggunaan peringkat kedua dan ketiga masing-masing naik 86 sen dan RM1.17.

Kenaikan juga merentas kebanyakan negeri untuk pengguna bukan domestik. Di Perak, kenaikan hanya untuk industri perkapalan.

Pada Jan 2024 Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa kerajaan pusat menerima perhonan daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia untuk menaikkan tarif air masing-masing.

Untuk rekod, walaupun tarif air terletak dalam bidang kuasa negeri, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 menyatakan, sebarang kenaikan yang ingin dilakukan mesti mendapat kelulusan Putrajaya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS