Suhakam mahu UPM batalkan siasatan esok
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu Universiti Putra Malaysia (UPM) membatalkan prosiding siasatan disiplinnya esok terhadap pelajarnya, Lee Song Yong, yang didakwa menghalang pegawai universiti itu daripada menjalankan tugas mereka.
Pesuruhjaya Prof Khoo Kay Kim berkata, Suhakam mahu prosiding tersebut dihentikan untuk memberi jalan kepada pihaknya menyiasat aduan pelanggaran hak asasi manusia yang dibuat oleh wakil pelajar terbabit.
Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang bertindak sebagai wakil pelajar terbabit, telah menyerahkan memorandum kepada Khoo di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.
Lee Song Yong, seorang aktivis 'anti-establishment', didakwa menghalang pegawai kampus daripada menjalankan tugas mereka merampas barangan peribadinya menjelang pilihanraya kampus Oktober lalu.
Pada 22 Ogos, Lee diperiksa oleh pengawal keselamatan di pintu keluar UPM dan merampas buku notanya atas alasan dia sedang disiasat kerana menjadi ahli sebuah pertubuhan haram pelajar.

Lee pada mulanya enggan bekerjasama kerana pegawai kampus terbabit tidak memakai pakaian seragam mereka.
Lee juga dinafi khidmat peguam dan hanya dibenarkan diwakili oleh seorang rakannya dari Majlis Perwakilan Pelajar UPM.
Hormati undang-undang
Sementara itu, Khoo berjanji, Suhakam akan menyiasat perkara tersebut dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum mengambil langkah seterusnya.
"Anda (SMM) mendakwa para pegawai universiti telah melanggar undang-undang ketika menjalankan tugas mereka. Mula-mula kita akan mendapatkan maklumat mengenai struktur UPM dan undang-undang untuk menentu sama ada terdapat sebarang undang-undang yang tidak dipatuhi oleh pegawai-pegawai berkenaan," katanya.
Menurutnya, semua pihak, termasuk pegawai universiti, mesti menghormati undang-undang yang digubal oleh kerajaan dan tiada siapapun yang melebihinya.
"Jika benar pelajar terbabit mendapat layanan diumpama itu, maka telah berlaku penyalahgunaan kuasa (oleh) pihak universiti," katanya.
Dalam memorandum tersebut, SMM menuntut supaya Suhakam menghentikan prosidingnya esok dan jikanya prosiding itu diteruskan juga, suruhanjaya itu diminta menghantar pegawainya untuk memantau perjalanannya bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan telus.
Khoo bersetuju dan telah mengarahkan pegawainya supaya menghantar wakil menghadiri prosiding tersebut.
Lee, pelajar tahun dua pengajian sains komputer, akan disiasat oleh pasukan enam anggota yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Prof Tai Shzee Yeu.
SMM turut menggesa Suhakam supaya mengadakan siasatan terbuka terhadap semua kes penyalahgunaan kuasa oleh UPM.
Ditanya sama ada Suhakam akan menyiasat aduan dakwaan bahawa pelajar 'anti-establishment' menjadi sasaran pihak universiti, Khoo berkata, insiden-insiden seumpam aitu mesti disertakan sebagai sebahagian daripada siasatan. Berita asal