Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sebahagian besar trak bantuan dirompak akibat kekacauan dicetuskan Israel
Diterbitkan:  Aug 3, 2025 10:58 AM
Dikemaskini: 2:58 AM

Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza pada Sabtu berkata bahawa sebahagian besar daripada 36 trak bantuan yang dibenarkan memasuki wilayah itu pada Jumaat telah dirompak berikutan kekacauan yang sengaja dicetuskan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pejabat Media Kerajaan Gaza menuduh Israel melaksanakan “dasar huru-hara dan kebuluran” di Gaza, sambil menyatakan bahawa lori-lori bantuan menjadi sasaran rompakan dan kecurian sebagai sebahagian daripada “rancangan pemusnahan sistematik” yang bertujuan membiarkan penduduk wilayah itu terus kebuluran.

Minggu lalu, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa satu pertiga daripada penduduk Gaza tidak mendapat makanan selama beberapa hari berturut-turut akibat sekatan Israel.

WFP menganggarkan bahawa satu daripada empat rakyat Palestin di Gaza kini berdepan keadaan seperti kebuluran, manakala 100,000 wanita dan kanak-kanak sedang menderita kekurangan zat makanan yang teruk.

Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza selama 18 tahun, dan sejak 2 Mac lalu, semua lintasan sempadan ditutup sepenuhnya, sekali gus menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan dan memburukkan lagi keadaan yang sedia genting di wilayah itu.

Pegawai Palestin menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 600 lori bantuan diperlukan setiap hari bagi memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk di Gaza.

- Bernama- Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS