Suruhanjaya Tinggi British nafi terbabit
Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur menafikan pihaknya terbabit dalam perancangan perhimpunan oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf)di luar bangunannya Ahad ini.
Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur menafikan pihaknya terbabit dalam perancangan perhimpunan oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf)di luar bangunannya Ahad ini.
Dalam satu kenyataan ringkas petang ini, suruhanjaya tersebut berkata, pihaknya ingin memperjelaskan beberapa laporan yang kurang tempat mengenai perhimpunan tersebut.
Suruhanjaya Tinggi British tidak terbabit langsung dalam perancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Tanggungjawab penganjuran perhimpunan itu terletak keseluruhannya di bahu Hindraf.
Semua tanggapan bahawa Suruhanjaya Tinggi British menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut adalah tidak benar.
Kenyataan itu berakhir dengan suruhanjaya itu berkata: 'Semua pertanyaan mengenai perhimpunan hendaklah dikemukakan kepada Hindraf".
Polis hari ini menahan pengerusi Hindraf, peguam P Waythamoorthy dan abangnya yang juga penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar serta seorang ahli Hindraf, peguam Ganapathy Rao.
Mereka bertiga dijangka didakwa mengikut Akta Hasutan.

