Penganjur perhimpunan bagi membantah layanan buruk terhadap kaum India di Malaysia berkata hari ini bahawa mereka akan menerus demonstrasi tersebut Ahad ini, walaupun pihak polis telah mengharamkannya.

Aktivis merancang untuk mengumpulkan ribuan orang Ahad ini di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi British bagi mengutuk apa yang mereka dakwa sebagai diskriminasi dan peminggiran masyarakat India di Malaysia, Kata Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.

Sejak Khamis lalu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan menuju ke ibunegara dan hari ini, tiga pemimpin HIndraf, termasuk Waythamoorty, ditangkap tetapi kemudiannya dibebas dengan ikatjamin.

"Ini menunjukkan kerajaan Malaysia cuba hendak mengecewakan usaha-usaha kami untuk mendapatkan keadilan,"kata Waythamoorthy sebelum dia ditahan.

"Bantahan yang telah dirancangkan itu, untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan British, akan diteruskan," katanya.

Pihak penganjur mahu menyerahkan memorandum tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi British, meminta Raju Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili masyarkat India Malaysia dalam saman AS$4 trillion terhadap kerajaan Britain.

Mereka mahu mendapatkan pampasan untuk kira-kira dua juta kaum India di Malaysia yang nenek moyang mereka di bahawa ke negara ini pada tahun 1800-an sebagai sebahagian daripada perkembangan empayar British.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, pemimpin Hindraf tersebut ditahan di bawah Akta Hasutan dan sekurang-kurang 4,000 anggota polis akan ditugaskan Ahad ini untuk menjaga ketenteraman awam.,

"Saya nasihatkan orang ramai, terutama para penyokong, supaya tidak menghadiri perhimpunan Ahad ini," katanya sambil mengingatkan mereka bahawa sekatan jalanraya telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menangkap mereka yang membuat kacau.

Manakala ahli Parlimen pembangkang pula menuntut pihak polis supaya membatalkan sekatan jalanfaya dan membenarkan perimpunan itu berjalan secara aman.

Polis juga telah memberi amaran kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu supaya jangan membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh mencetuskan pergaduhan.

Perhimpuna tersebut, jika menjadi kenyataan Ahad iin, merupakan demonstrasi jalanan yang kedua di Malaysia.

Awal bulan ini, kirakira 40,000 berhimpun mendesak diadakan pembaharuan pilihanraya, di mana sesetengahnya terkena tembakan air dan gas pemedih oleh pihak polis.

Kaum ethnik India, sebahagian besarnya Tamil, merupakan 8 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia. Kira-kira 80 peratus daripada mereka ketiadaan kemahiran, wang dan pendidikan.

- AFP