Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 6 petang
Diterbitkan:  Aug 29, 2025 3:25 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.

Menerusi amaran cuaca dikeluarkan pada 2.20 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang, serta Perak.

Cuaca sama dijangka melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut dan Setiu); Pahang (Cameron Highlands); Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, serta Johor (Mersing).

Di Sarawak kawasan terjejas Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS