PM India diminta bertindak tangani 'penderitaan' di M'sia
Perdana Menteri India, Manmohan Singh digesa supaya mengambil tindakan segera berhubung dengan keadaan masyarakat India di Malaysia.
Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Menteri Tamil Nadu, M Karunanidhi dan ahli-ahli politik India yang lain, meminta Manmohan campurtangan selepas puluhan ribu kaum India menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 25 November lalu.
Menurut laporan akhbar Inggeris di India, Karunanidhi telah menulis surat kepada Perdana Menteri India itu meminta beliau mengambil langkah-langkah perlu untuk menangani "penderitaan dan layanan buruk" terhadap masyarakat India di Malaysia.
Karunanidhi berkata, rakyat Tamil Nadu merasa tidak senang dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur.
Akhbar itu melaporkan, beliau juga menyampaikan rasa keprihatinannya terhadap layanan ke atas masyarakat India di Malaysia sejak sekian lama.
Ahad lalu, kira-kira 30,000 kaum India menyertai perhimpunan anjuran Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).

Ia diadakan untuk menyokong saman yang difailkan oleh Hindraf terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan dieksploitasi selama 150 tahun.
Saman tersebut juga menuntut pengisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Reid 1957 gagal menggubal hak-hak masyarakat India apabila Malaya mendapat kemerdekaan dan ini telah mengakibatkan mereka didiskriminasi dan dipinggirkan hingga ke hari ini.
Polis telah menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia untuk meleraikan perhimpunan tersebut, dan membuat tangkapan.
'Dilayan seperti hamba'
Sementara itu, seorang lagi ahli politik Tamil Nadu yang juga pelakon popular, Vijayakant, turut menggesa perdana menteri India itu supaya campurtangan dalam isu tersebut.
Menurut laporan akhbar, Vijayakant, yang juga pengasas parti DMDK berkata: "Orang India dibawa oleh British 200 tahun yang lalu untuk bekerja di ladang tetapi cara pihak polis meleraikan mereka dengan menembak gas pemedih mata, menunjukkan kerajaan Malaysia melayan mereka seperti hamba."
Beliau mendakwa Malaysia "menjadi seperti Sri Lanka" di mana kerajaan "meminggirkan kaum India dari semua jabatan kerajaan."
Vijayakant memberi amaran bahawa kegagalan kerajaan India campurtangan dalam isu ini boleh mencetuskan situasi yang serupa dengan di Sri Lanka, yang kini dilanda persengketaan etnik.
"Apa yang bermula sebagai satu percikan, kini membakar seluruh Sri Lanka," katanya.
Perhimpunan pada 25 November lalu mendapat liputan di India serta media antarabangsa. Ia turut dilaporkan, antaranya, di United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Taiwan, Australia dan Filipina.
Amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan mungkin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), turut mendapat liputan media yang luas. Berita asal