Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Gaza: Denmark sokong sekatan terhadap menteri Israel
Diterbitkan:  Aug 31, 2025 5:39 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen berkata Israel menjejaskan penyelesaian dua negara melalui tindakannya di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Wafa).

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat menteri luar Kesatuan Eropah (EU) di Copenhagen pada Sabtu, Rasmussen berkata Denmark ingin menggantung perdagangan dalam Perjanjian Persatuan EU-Israel sebagai tindak balas terhadap situasi di Gaza.

Beliau menegaskan negaranya menyokong pelaksanaan sekatan terhadap menteri Israel, selain mengenakan duti kastam, melarang eksport dari penempatan haram serta melaksanakan langkah inovatif lain.

- Bernama-Wafa

Sementara itu Rasmussen dipetik Al Jazeera menyeru sekatan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kerajaan gabungan sayap kanannya.

"Saya tidak mendedahkan rahsia dengan mengatakan kita mesti menukar kata-kata kepada sekatan," tegas Rasmussen.

"Denmark bersedia menggantung bab perdagangan dalam perjanjian persatuan (EU-Israel) dan mengenakan sekatan ke atas kerajaan Netanyahu serta beberapa menteri dalam kerajaannya."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS