Penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi isu, kata Anwar
Hasrat PAS untuk menubuhkan sebuah negara islam tidak lagi menjadi isu, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu, dilihat sebagai satu usaha untuk merapatkan kerjasama antara parti pembangkang dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Petaling Jaya.
Kenyataan Anwar itu dianggap sebagai reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang menyatakan partinya hanya akan bekerjasama dengan PKR jika parti itu memisahkan dirinya dari PAS.
Kenyataan Karpal itu menarik perhatian ramai kerana ia dibuat ketika DAP dan PKR sedang berunding mengenai pembahagian kerusi.
PAS dan PKR adalah anggota Barisan Alternatif (BA). DAP keluar dari barisan pembangkang itu pada tahun 2001 selepas tidak sehaluan dengan PAS berhubung isu negara Islam.

Bagaimanapun, ekoran prestasi kurang baik PAS dalam pilihanraya umum 2004, parti itu telah 'melembutkan" pendiriannya dalam isu negara Islam untuk menarik sokongan dari pengundi bukan Islam.
Isu berasas
Menurut Anwar, mesti ada kesepakatan di kalangan parti pembangkang untuk memperjuang isu-isu yang mempunyai asas yang kukuh seperti pilihanraya yang bebas dan adil serta kebebasan badan kehakiman.
Mengambil satu contoh, Anwar berkata, beliau gembira kerana PAS mengeluarkan kenyataan mempertahankan ternakan babi (isu di Melaka)... Kita telah jauh ke hadapan dalam mengenalpasti isu-isu yang penting (kepada rakyat)."
Anwar juga percaya bahawa kenyataan Karpal itu tidak akan menjejaskan rundingan pengagihan kerusi antara kedua-dua parti berkenaan.
"Sebahagian besar isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP dan PAS mengenai negara Islam merupakan perkara yang sudah berlalu, ia bukan lagi menjadi satu isu. Jika perlu, saya akan berjumpa dan berbincang lebih lanjut dengan Karpal," katanya.
Sebelum itu, Anwar menemui delegasi dari Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel).
Pengerusinya, Abdul Malek Hussin menyerahkan laporan pemantauan pilihanraya yang dibuat oleh Mafrel, kepada Anwar sewaktu perjumpaan selama sejam itu.
Nafi jadi perancang
Dalam satu lagi perkembangan, Anwar menafikan beliau menjadi perancang kepada dua perhimpunan rakyat baru-baru ini.
Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, sebagai "satu kenyataan terdesak dari seorang pemimpin yang angkuh dan tidak bertanggungjawab".
Anwar berkata tujuan Nazri adalah untuk menggambarkan beliau (Anwar) kini pro-Hindu sepertimana yang dilakukan oleh rangkaian Pemuda Umno di peringkat akar umbi.
Nazri merujuk kepada perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) Ahad lalu. Manakala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 10 November lalu.
Anwar juga mengulangi bahawa beliau menyokong hak Hindraf untuk mengadakan perhimpunan aman dan perjuangannya walaupun beliau berpandangan bahawa perjuangan membela rakyat miskin mesti mengatasi batas kaum.
Mengenai perbincangan dengan Mafrel, beliau bekata, laporan tersebut mengandungi penemuan penyelewengan yang mencukupi untuk membuktikan sistem sistem pilihanraya adalah tidak bersih.
Anwar juga menegaskan tentang perlunya ada pilihanraya yang besih dan adil. Berita asal