Pada 1998, V Thirunama Karasu dimasukkan beberapa kali di dua buah hospital bagi 'mengelirukan' Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung kenyataan yang dirakamkan daripadanya mengenai dakwaan rasuah membabitkan abangnya, peguam Datuk VK Lingam.

Dalam temubual selama dua jam minggu lalu, Thirunama menceritakan dengan panjang lebar bahawa dia dipaksa melakukan tipu helah, didakwa dirancang oleh anggota keluarganya dan 'rakan-rakan' Lingam untuk menutup jejak mereka.

Pada masa itu, BPR sedang menyiasat Lingam (kiri) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dalam syarikat besi waja, Perwaja Steel. Thirunama dipanggil untuk disoalsiasat sebanyak tiga kali, tetapi telah mengaku telah berbohong selepas dia mendakwa diancam oleh anggota keluarganya.

Lingam baru-baru ini mendakwa namanya telah dibersihkan, dan berkata Peguam Negara tidak meneruskan siasatan kerana Thirunama menghadapi masalah mental yang disokong oleh rekod psikitrik.

Thirunama (kiri) bagaimanapun berkata beliau dimasukkan ke wad psikitrik sebagai sebahagian daripada perancangan terperinci untuk membatalkan kenyataannya kepada BPR.

Dalam bahagian kedua temubual dengan Thirunama, Malaysiakini tidak mendedahkan nama orang-orang tertentu yang disebut dalam laporan polis sehinggalah mereka dapat dihubungi bagi mendapat komen.

Apa yang berlaku selepas kakak anda datang menjemput anda?

(Beliau datang menjemput Thirunama dari ibupejabat BPR di Jalan Duta Kuala Lumpur, selepas kenyataan ketiganya dirakamkan pada 17 Mac 1998).

Dia bertanya kepada saya apa yang telah berlaku. Saya memberitahunya (mengenai kenyataan tersebut). Dia berkata 'Oh tuhan'. Mengapa kamu masih terus menerus melakukannya? Kamu sepatutnya berhenti selepas memberi kenyataan kedua. Kami telahpun memberitahu kamu beratus kali, malah kamu tak sepatutnya pun beri kenyataan pertama.'

Dia berkata 'Apa yang harus kita lakukan? Apa yang akan terjadi? Siapa yang kamu hendak jumpa dan beri kenyataan?'. Saya kata saya terpaksa bercakap benar.

Dia membawa saya pulang ke rumah saya di Kelana Jaya. Dia menelefon abang saya dan semua itu. Dia kata kami perlu berjumpa peguam. Saya kata saya tidak mahu berjumpa sesiapa kerana saya sudah memberi kenyataan penuh (kepada BPR).

Dia meminta saya berjumpa seorang peguam dari (nama firmanya dirahsiakan). Kami pergi ke rumahnya di Bangsar. Dia membuat temujanji untuk keesokannya.

Pada hari berikutnya kami pergi ke rumahnya...dia kata dia telah menempah sebuah (bilik) - Hotel Armada, petaling Jaya - dan dia meninggalkan saya di situ bersama (seorang peguam dari firma yang sama).

Dua lagi peguam datang. Tiga orang peguam (nama dirahsiakan) dihantar untuk, 'berunding' dengan saya. Mereka mahu tahu apa yang saya beritahu kepada BPR. Saya kata kenyataan saya yang pertama dan ketiga adalah benar, manakala kenyataan kedua adalah palsu.

Mereka kata 'Kamu dengar baik-baik, kami hanya mahu beritahu kamu satu perkara. Ia adalah antara kamu dan abang kamu. Kamu berdua telah menyogok hakim-hakim. Anda juga akan ditangkap. Jadi apa yang kamu nak buat? Siapa yang akan menjaga keluarga kamu? Apa yang akan jadi? Kamu berdua akan masuk lokap. Kamu juga akan ditangkap;. Jadi anda juga akan dihukum

Jadi saya bertanya "Apa yang patut saya buat?'

Mereka berkata 'Sekarang kami mesti memberi semula satu kenyataan palsu kepada BPR. Beritahu mereka bahawa kenyataan pertama dan ketiga adalah tidak benar, dan kenyataan yang kedua adalah yang benar.

Saya kata saya tidak boleh berbuat demikian. Saya kata saya tidak mahu lagi pergi balik (ke BPR). Mereka berkata, saya telah menyebut nama bekas Ketua Polis Negara, saya telah sebut nama hakim-hakim, jadi apa-apa boleh berlaku.

Berapa lama anda berada di Hotel Armada?

Kalau tak silap saya, selama tiga hari.

Sepanjang masa tersebut, mereka bertemu dengan anda dan cuba...

Mereka akan bertemu dengan saya dan mengancam saya. Seorang demi seorang, peguam tersebut akan datang siang dan malam untuk menyoal saya. Satu masa, seorang peguam berkata 'Kamu tahu tak apa yang akan berlaku dalam lokap? Ada yang homoseks. Mereka akan lakukan 'blow job'. Kamu tahu apakah 'blow job?'.

Saya kata, tolong jangan beritahu semua itu...

Kadang-kadang, peguam tersebut datang seorang diri, kadang-kadang (kesemua) tiga mereka datang (pada masa yang sama)...saya tidak tahan lagi. Mereka memberi tekanan ke atas saya. Saya masih enggan (untuk memberi maklumat palsu kepada BPR).

Setelah beberapa lama, mereka berkata "Kami akan ambil semua wang daripada abang kamu dan berikan kepada kamu. Kita akan buka perniagaan untuk kami. Kita akan dapat pelanggan korporat. Kita akan gunakan (butiran peribadi) isteri kamu.

Saya kata 'saya tidak mahu wang'. Mereka beritahu saya supaya pergi ke Hospital Bahagia untuk selama dua tahun dan berlakon. Saya kata, saya tidak boleh lakukannya. Mereka kata saya mesti berpura-pura hendak membunuh diri. Saya enggan.

Mereka kata 'Kamu tulis apa yang kamu bagi tahu dalam kenyataan pertama, dalam satu muka. Kemudian, dalam muka surat kedua, tulis apa yang kamu bagi tahu dalam kenyataan kedua. Pada muka surat ketiga, kamu tulis apa yang kamu bagi tahu dalam kenyataan ketiga'.

Kemudian mereka meninggalkan saya. Mereka tahu saya akan menolak tuntutan mereka. Saya menulis (atas kertas) yang mereka beri. Kesemuanya, jika tidak silap saya, antara 79 hingga 81 muka surat.

Dan kemudian, ketika saya sedang menulis, mereka datang ke hotal dan mengambilnya dan menelitinya [...] kemudian mereka bagi tahu saya 'Tulis dalam kenyataan ini bahawa kamu menulis - bahawa kenyataan pertama dan ketiga kepada BPR adalah tidak benar dan kenyataan kedua adalah yang benar. Tulis nama kamu dan nombor kad pengenalan kamu'.

Saya kata saya tidak boleh melakukannya. Mereka terus memberi tekanan ke atas saya. Mereka terus mengugut saya. Kemudian mereka membawa 'gambar sembahyang' dan letak di situ (dalam hotel). Saya tidak tahan lagi,. Mereka tanya sama ada saya percayakan tuhan. Saya berfikir, "apa nak buat" dan menandatanganinya - (satu pengisytiharan bahawa) kenyataan pertama dan ketiga adalah tidak benar, dan kenyataan kedua adalah benar.

Apa berlaku selepas itu?

Mereka berkata, oleh kerana saya tidak mahu pergi ke Hospital Bahagia, tak apa. Ianya untuk dua tahun. Tetapi, saya mesti pergi ke Hospital Universiti (UH, kini Pusat Perubatan Universiti Malaya). Walaupun tidak ada apa yang salah, mereka berkata, saya mesti beritahu doktor bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya dan bahawa saya sedang menghadapi masalah keluarga. Saya mesti beritahu mereka yang saya ada kecenderungan untuk membunuh diri.

Mereka beritahu saya supaya berpura-pura. Mereka beritahu saya: Jangan ikat tali kasut kamu. Jangan sikat rambut. Jangan cukur janggut...sentiasa garu kepala...itu benar, apa yang mereka beritahu saya. Saya tidak mereka-reka cerita ini.

Jadi saya fikir, abang sulung saya buat begini pada saya. Sekarang, tiga orang peguam pula berbuat begini pada saya. Jadi, semuanya ini adalah berpunca daripada wang.

Jadi anda pergi ke hospital?

Ya. Mereka mengenakan tekanan yang amat sangat ke atas diri saya (supaya berbuat demikian). "Jangan pergi terus ke Hospital Universiti. Pergi jumpa Dr Deva Dass. Kakak kamu telah memberitahu saya (yang kamu telahpun berjumpa dengan Dr Deva). Pergi semula dan beritahu dia yang kamu hendak membunuh diri. Lakukannya dengan serius supaya beliau akan memberi surat rujukan kepada (hospital) Universiti Malaya (hospital)".

(Laporan perubatan Dr Deva Dass diedarkan kepada pihak media oleh Lingam Selasa lalu, sehari selepas Thirunama menafikan dakwaan abangnya itu).

Mereka minta saya jangan beritahu isteri saya (dengan berkata), "Berpura-pura juga dengan isteri kamu, supaya isteri kamu akan membawa kamu pergi (ke klinik) '. Saya melakukannya.

Sukarkah untuk anda berpura-pura gila?

Memang susah untuk menipu. Saya menipu Tuhan. Orang (berada di wad psikitrik) menang benar-benar sakit, tetapi saya hanya berpura-pura.

Saya pergi dengan isteri saya, dengan menaiki teksi, ke Hospital Universiti.

Isteri anda percaya yang anda gila?

Ya. Dia benar-benar percaya. Mereka beritahu saya supaya menangis, mahu bunuh diri, beritahu doktor yang saya mahu bunuh diri, beritahu doktor yang saya menghadapi masalah keluarga.

Apa yang berlaku di UH?

Saya berpura-pura di depan doktor. Saya mula menggari kepala. Saya mula menangis. Isteri saya kata saya menghadapi masalah keluarga. Dia beritahu mengenai siasatan BPR. Saya tidak pasti sama ada kakak saya telah meminta isteri saya berbuat demikian. Doktor masukkan saya ke wad.

Abang anda telah mengedarkan laporan perubatan, terutama dari UH. Adakah anda pernah melihat laporan itu sebelum ini?

Saya tidak pernah melihatnya. Ini adalah kali pertama. Saya tidak tahu mengapa dia menyimpannya. Saya terperanjat. Ini adalah sulit, antara doctor dan pesakit. Doktor tidak harus mendedahkannya. Saya terperanjat.

Berapa lama anda berada di UH?

Sering keluar masuk. Tempohnya tidak lama. Doktor pada mulanya bertanya kepada saya mengapa kakak saya selalu melawat, dan apa yang dia cakap dengan saya. Dia bercakap pada saya secara perlahan dan secara rahsia di satu penjuru.

Dia kata saya tidak boleh beritahu yang saya dalam siasatan BPR. Kakak saya memainkan peranan yang sangat besar. Dia tahu Dato VK (Lingam) tidak boleh datang melihat saya di wad psikitrik.

(Bila) saya dibenarkan pulang [...] saya balik ke rumah dan beritahu kakak saya yang saya telah dibenarkan pulang. Dia sangat marah. Dia menelefon seorang (daripada tiga peguam ketika di Hotel Armada) dan dia minta saya masuk semula (ke wad). Katanya, dia akan beritahu saya bila saya boleh keluar.

Berapa lama anda di UH?

Saya tidak tahu. Kira-kira sebulan. Selepas saya dibenarkan pulang, mereka beritahu saya supaya masuk semula. Pada masa itu, mereka mahu saya masuk ke Hospital Hospital Bahagia, kerana saya tidak 'serius melakukannya'. Mereka berkata itu ketika di hotel.

Saya berpura-pura sekali lagi. Sekali lagi, ditemani isteri saya, saya dimasukkan ke (wad) kecemasan. Mereka (pihak hospital) menelefon doktor saya sebelum ini, yang minta saya makan ubat-ubat yang diberikannya, tetapi tidak ada katil (free).

Saya beritahu kakak saya, dan dia berkata, saya mesti dimasukkan ke GH (Hospital Besar Kuala Lumpur). Jadi, saya dimasukkan ke GH.

Apa berlaku kemudiannya?

Saya beritahu doktor di GH bahawa saya ada masalah keluarga. Mereka (tiga peguam tersebut) minta saya beritahu demikian. Jangan bagi tahu mengenai siasatan BPR. Mereka beritahu saya untuk 'berlakon secara lebih serius lagi' di GH.

Apa berlaku seterusnya?

Saya juga berpura-pura di sana [...] Apa sahaja pil yang mereka beri pada saya di sana, saya makan. Saya tidak ada pilihan. Ubat buat saya menggigil dan menjadi lemah. Saya lalui semua ini, menderita.

Sekali sekali, isteri saya datang melawat [...] Semasa waktu itu, dia tidak sedar yang saya sedang berpura-pura. Kadang-kadang pelajar psikitrik akan datang menemubual saya. Mereka bertanya sejarah hidup saya.

Tetapi setiapkali doktor datang melawat saya, saya akan mula menangis dan menjadi emosional. Saya akan beritahu doktor bahawa saya tertekan dan semua itu. Sebaik saja doktor pergi, saya kembali biasa dan mula bercakap dengan pesakit lain.

Berapa lama anda di GH?

Sering keluar masuk. Mereka akan benarkan saya pulang dan saya akan pergi semula (ke hospital. Pada satu ketika saya dibenarkan pulang, kakak saya beritahu saya supaya pergi semula. Saya ikut cakap kakak saya. Dia kata (jika saya tidak ikut), mereka akan hantar saya ke Hospital Bahagia.

Bersambung dalam bahagian ketiga