Ganapathi dibebaskan dengan ikatjamin
Seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) ditahan mengikut Akta Hasutan pagi tadi tetapi dibebaskan lapan jam kemudiannya.
Peguam VS Ganapathi Rao ditahan di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, pada kira-kira jam 7.15 pagi oleh sepasukan polis dari ibupejabat polis Selangor dan terus dibawa ke Seremban.
Dia dibebaskan pada jam 3.40 petang dengan ikatjamin polis dan diarah melaporkan diri di ibupejbat polis Negeri Sembilan pada 12 Disember.
Ganapathi, ketika dihubungi berkata, beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapan yang dibuatnya di forum Hindraf yang diadakan di Sekolah Rendah Cina Pei Hua di Seremban pada 17 November lalu.
"Mereka menyoal saya mengenai perkataan-perkataan tertentu yang didakwa berunsur hasutan dan semua menafikan semuanya. Terdapat beberapa perenggan yang saya rasa tidak langsung berunsur hasutan," katanya kepada Malaysiakini .

Ganapathi, yang berkata beliau tidak dibenarkan menemui peguamnya, memberi kenyataan hemat tanpa mengetuai sumber aduan.
"Mereka tidak mematuhi Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan peguam saya masuk menemui saya," dakwanya.
"Saa juga bertanya kepada pegawai penyiasat ASP Ooi sama ada terdapat laporan polis terhadap saya, tetapi dia tidak memberitahu saya. Mereka lebih berminat untuk mendapatkan kenyataan saya."
Beliau ditanya banyak soalan seperti latarbelakang pendidikannya, keluarganya, sejarah Hindraf dan hubunganya dengan kumpulan itu dan pemimpin Hindraf yang lain.
"Tetapi mereka tidak berkasar dengan saya...mereka hanya bertanya terlalu banyak soalan," tambahnya.