Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Subsidi dan warga asing: MCMC tunggu maklumat TikTok
Diterbitkan:  Sep 9, 2025 1:22 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menyokong pemberian subsidi petrol RON95 kepada warga asing.

MCMC berkata semakan awal terhadap kandungan yang tular di platform media sosial telah dilaksanakan, melibatkan kerjasama daripada penyedia platform.

Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada TikTok bagi melengkapkan siasatan.

“Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya (TPR) untuk penelitian serta arahan selanjutnya.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatandijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Siasatan itu dibuat atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang melontarkan dakwaan itu semasa perbahasan parlimen. 

Muhyiddin menafikannya dan bersedia memaafkan Anwar jika dia meminta maaf terhadap tuduhan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS