Kementerian digesa siasat salahguna kuasa di kampus
Kementerian Pengajian Tinggi digesa supaya mengkaji dan memantau kes-kes penyalahgunaan kuasa di universiti-universiti awam, termasuk bidangkuasa pengawal keselamatannya.
Ketika membuat gesaan tersebut, sebuah badan bukan kerjaan, Pusat Janadaya mendakwa penyalahguna kuasa itu berlaku dalam kes pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Lee Song Yong (foto) yang digantung pengajiannya selama satu semester.
Lee dijatuhkan hukuman tersebut selepas jawatankuasa siasatan UPM mendapati dia bersalah atas dakwaan tidak memberi kerjasama dan menghalang pengawal keselamatan kampus menjalankan tugas mereka.
Pada 22 Ogos lalu, pengawal keselamatan UPM telah menahan Lee di pintu keluar kampus dan mahu memeriksanya.
Lee enggan membenarkannya kerana pengawal terbabit tidak menjelaskan mengapa mereka mahu berbuat demikian.

Mereka yang tidak berpakaian seragam itu, kemudiannya merampas buku nota dan kad pelajar milik Lee.
Sehubungan itu, ahli jawatankuasa penaja pusat Janadaya, Ho Yock Lin, mendakwa tindakan dan hukuman terhadap Lee boleh dipersoalkan kerana menurutnya, pengawal keselamatan tidak mempunyai bidang kuasa untuk merampas atau memeriksa beg pelajar.
Tugas pengawal
Dalam satu kenyataan, Ho berkata, pengawal keselamatan dan firmanya diupah secara kontrak dan mempunyai tugas-tugas yang ditetapkan, iaitu menjaga keselamatan premis universiti.
Jika perlu membuat sebarang pemeriksaan, tegasnya, mereka mesti memperolehi arahan bertulis dari universiti.
"Dan pihak berkuasa universitilah yang sepatutnya membuat pemeriksaan dan boleh dibantu oleh pengawal keselamatan," kata Ho lagi.
Oleh itu, katanya, dalam kes Lee jelas menunjukkan pengawal keselamatan telah bertindak melebihi tugas mereka yang telah ditetapkan.
Sebaliknya, kata Ho, pengawal keselamatan terbabit telah menjalan tugas yang tidak diperuntukkan kepada mereka, dalam mana-mana peraturan dan undang-undang universiti.
"Juga malang kerana pihak universiti tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani dan membetulkan layanan yang tidak adil terhadap pelajar terbabit," katanya.
Sehubungan itu, Pusat Janadaya menggesa pihak berkuasa UPM supaya menarik balik hukuman penggantungan pengajian Lee dengan segera.