Sasterawan Rejab Ismail kembali ke rahmatullah
Diterbitkan: Sep 30, 2025 9:24 AM | Dikemas kini: Sep 30, 2025 11:32 AM
Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab FI meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat Kangar hari ini.
Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis Noor Zaidi Hamad berkata Rejab, 84, meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi.
“Saya difahamkan arwah akan dikebumikan selepas solat zuhur di tanah perkuburan Islam di Tanjung Gorah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Noor Zaidi berkata beliau mengetahui penulis kelahiran negeri Perlis dan penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara 2016 itu menghidap penyakit darah tinggi dan jantung.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/09/bb827f32d9e4dc9584b11a535f85b6be.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.