KDN minta akhbar kurangkan liputan mengenai Hindraf
Pihak akhbar telah "dinasihatkan" oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) supaya mengurangkan laporan mengenai aktiviti Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).
Malaysiakini difahamkan, dalam satu pertemuan semalam, editor semua akhbar harian diminta supaya tidak membesar-besarkan berita dan gambar mengenai perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu dan semua perkara yang membabitkan barisan tersebut.
Pertemuan selama 90 minit itu dipengerusikan oleh Ketua Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Zailani Hashim. Beliau tidak dapat dihubungi untuk pengesahan.
Bagaimanapun para editor yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut dibangkitkan dalam pertemuan di kementerian berkenaan di Putrajaya semalam.

'Secara amnya kami diberitahu supaya mengurangkan laporan mengenai Hindraf," kata seorang editor, sambil menambah, ia ditujukan khususnya kepada akhbar berbahasa Tamil ekoran liputan mereka mengenai Hindraf.
Pada masa yang sama, para editor juga diminta jangan menyiarkan berita-berita yang boleh menjejaskan imej polis dan kerajaan.
"Pegawai KDN berkata, kami boleh melaporkan berita-berita mengenai Hindraf tetapi secara kecilan sahaja," kata seorang lagi editor yang menghadiri di pertemuan tersebut.
'Jaga reputasi polis'
"Dan kami diminta jangan membesar-besarkan gambar polis bertindak ganas sewaktu perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu. Mesejnya adalah jangan salahkan pihak polis tentang apa yang telah berlaku di perhimpunan tersebut," tambanya.
Katanya, pihak kementerian nampak bimbang reputasi pasukan polis akan terus terhakis di mata masyarakat.
Pada 25 November lalu, kira-kira 30,000 masyarakat India berhimpun di Jalan Ampang selama enam jam dan cuba berarak ke Suruhanjaya Tinggi British untuk menyerahkan petisyen yang mendakwa mereka telah dipinggirkan sejak dibawa menjadi buruh di Malaya.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air untuk menyuraikan orang ramai. Sebelum ini, polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 3,000 di kuil Batu Caves. Mereka berkumpul di situ sebelum menyertai perhimpunan di Jalan Ampang.
Beberapa penyokong Hindraf telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram, manakala 26 lagi didakwa semalam atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis, selepas memukulnya dengan bata. Semua akhbar menyiarkan berita mengenainya hari ini.
Kerajaan telah mengecamnya sebagai satu perhimpunan haram dan menolak dakwaan bahawa masyarakat India telah dipinggirkan.
Para editor juga diminta jangan membesar-besarkan satu lagi perhimpunan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di bangunan Parlimen 11 Disember ini, kerana membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan umur bersara bagi anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.
Dalam perhimpunan anjuran Bersih pada 10 November lalu, polis menggunakan pancutan air dan gas pemedih mata, tetapi kira-kira 40,000 berhimpun di Istana Negara dan menyerahkan memorandum kepada pegawai istana.