Hisham nafi satu lagi SMS membabitkan dirinya dan Khairy
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata satu SMS palsu itu sedang disebarkan menuduh beliau akan mengadakan satu perhimpunan bagi membakar semangat orang Melayu terhadap kaum-kaum lain di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 19 Disember lalu.
Katanya, perbuatan menyebarkan SMS berunsur fitnah itu bertujuan mewujudkan keadaan huru-hara dan kucar kacir di Malaysia, yang sebenarnya tidak benar.
Bernama memetik Hishammuddin sebagai berkata, beliau mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu SMS yang disebarkan hari ini berleluasa dan menimbulkan keadaan atau persepsi kurang senang di kalangan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu SMS fitnah yang berbau perkauman sedang disebarkan menuduh beliau dan Naibnya, Khairy Jamaluddin, akan berada di Kampung Baru kononnya untuk menyemarakkan semangat marah orang Melayu terhadap kaum lain.

Hishammuddin berkata SMS itu merupakan satu pembohongan dan berniat jahat sama seperti SMS yang beliau terima sebelum ini yang menyatakan beliau tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan mendedahkan mereka yang berniat jahat dan berfikiran sempit ini.
Menurut Hishammuddin, kerajaan akan terus memantau SMS-SMS ini, dan menyifatkannya sebagai satu hikmahnya kerana "dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi ini bukan semua maklumat yang menular melalui SMS atau Internet semuanya benar."
Beliau berharap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya jangan cepat terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan serta fitnah seperti itu kerana kesannya akan menjejaskan keharmonian masyarakat.
Katanya, kalau betul berlaku ketegangan di antara kaum dan agama di Malaysia, beliau tidak akan berada di Singapura untuk meninjau perkembangan sistem pendidikan teknikal di negara ini dan sibuk merancang agenda pendidikan Malaysia untuk 10 hingga 15 tahun akan datang.
Hishammuddin sedang melakukan lawatan rasmi lima hari ke republik tersebut mulai semalam turut melawat tempat perkhemahan kira-kira 100 pelajar Malaysia dan Singapura serta meninjau kemudahan yang terdapat di Institut Pendidikan Teknikal di Changi.