Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIT tolak cadangan agenda pendidikan pentadbiran Trump
Diterbitkan:  Oct 11, 2025 2:17 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

GLOBAL | Institut Teknologi Massachusetts (MIT) hari ini menolak cadangan yang dikemukakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump berkaitan agenda pendidikan tinggi negara itu, lapor Xinhua.

Dalam sepucuk surat kepada Jabatan Pendidikan AS, Presiden MIT, Sally Kornbluth menulis: “Dengan penuh rasa hormat, kami tidak dapat menyokong pendekatan yang dicadangkan bagi menangani isu-isu yang dihadapi sektor pendidikan tinggi.

“Dokumen berkenaan turut mengandungi prinsip yang kami tidak bersetuju, termasuk yang akan mengehadkan kebebasan bersuara serta mencabar kebebasan institusi kami,” katanya.

Sally berhujah, asas dokumen yang dikemukakan itu bercanggah dengan pegangan utama MIT iaitu pembiayaan sains harus diberikan semata-mata berdasarkan merit saintifik.

Jabatan Pendidikan AS baru-baru ini menghantar cadangan “compact for academic excellence in higher education” kepada MIT dan lapan universiti lain yang mewajibkan mereka membuat perubahan terhadap sistem pemarkahan, dasar pengambilan pelajar antarabangsa dan beberapa amalan lain sebagai syarat untuk mendapatkan akses keutamaan kepada geran dan manfaat persekutuan.

- Bernama/Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS