Perlembagaan jamin hak bukan Melayu, kata bekas hakim
Seorang bekas hakim berkata, orang bukan Melayu perlu diberi hak berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Abdullah berkata, jika kerajaan melindungi hak orang Melayu, kerajaan juga perlu memberi hak kepada kaum lain juga.
Perkara ini, katanya, disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan kerana itu tiada kaum yang boleh mempertikaikan hak kaum lain.
"Sebagai contoh, Tanah Simpanan Melayu yang memang disebut dalam Perlembagan Persekutuan bahawa ia diwujudkan untuk melindungi tanah orang Melayu.

"Bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan juga menyebut bahawa kerajaan perlu menyediakan tanah kepada kaum lain juga.
"Jika Tanah Simpanan Melayu 100 ekar, kerajaan perlu menyediakan tanah 100 ekar kepada kaum lain. Ini disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak mualaf
"Saya bercakap berdasarkan fakta dalam Perlembagaan dan bukannya kepada sentimen perkauman," katanya ketika menyampaikan ceramah di sebuah forum Kampung Baru di ibu negara semalam.
Forum tersebut anjuran Damai Malaysia yang merupakan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah demonstrasi jalanan di negara ini. Ia dihadiri oleh hampir 400 wakil NGO dari seluruh negara.
Mohd Nor berkata, Perlembagaan Persekutuan juga menyebut jika orang bukan Islam memeluk Islam mereka boleh mendapatkan hak orang Melayu seperti orang Melayu asal.
"Bagaimanapun, perkara ini tidak difahami oleh orang Melayu dan menyebabkan mereka tidak mahu menerima orang yang memeluk Islam itu sebagai orang Melayu.
Bagaimanapun, kata Mohd Nor, ramai yang tidak faham mengenai Perlembagaan Persekutuan dan kandungannya menyebabkan pelbagai tuntutan dibuat ke atas kerajaan.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa kerajaan perlu memberi bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT).
SRJKC dan SRJKT
"Fasa 152 Perlembagaan Persekutuan langsung tidak menyebut kewajiban kerajaan untuk berbuat demikian. Ia hanya menyebut kerajaan perlu menyediakan kelas pengajian untuk bahasa Mandarin dan bahasa Cina di peringkat universiti," katanya.
Mohd Nor berkata, oleh kerana itu, tindakan kerajaan membantu SRJKC dan SRJKT adalah untuk kepentingan hubungan kaum di dalam negara ini.
"Jika kerajaan tidak membantupun ia tidak salah kerana perkara itu tidak ditulis dalam Perlembagaan, katanya sebagai mengulas salah satu tuntutan Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) iaitu menaiktarafkan SRJKT.
Sementara itu, Setiausaha Penyelaras Damai Malaysia, Mohd Nardin Awang berkata, pihaknya mengadakan forum tersebut sebagai membantah Bersih dan Hindraf yang mengadakan perhimpunan pada bulan lalu.
Katanya, perhimpunan sedemikian rupa tidak sesuai diadakan kerana ia menyusahkan semua pihak termasuk peniaga dan pengguna jalan raya.
"Kami akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit dengan demonstasi jalanan itu," katanya.