Tiada asas kaitkan Hindraf dengan LTTE
Seorang pakar mengenai Barisan Pembebasan Tamil Elam (LTTE) menyifatkan tuduhan bahawa Hindraf 'ada hubungan' dengan barisan tersebut - seperti yang didakwa oleh polis Malaysia - sebagai tidak berasas sama sekali.
P Ramasamy - yang pernah menganggotai Jawatankuasa Halehwal Perlembagaan LTTE untuk menyediakan draf bagi pentadbiran sementara di wilayah Timur Laut Sri Langka, berkata dakwaan seumpama itu menunjukkan kerajaan cuba mengalih tumpuan dari isu tuntutan yang sah oleh masyarakat India Malaysia.
"Jangan babitkan keganasan dalam isu ini kerana ia tiada kaitan langsung. Tidak ada sebarang pembabitan LTTE," kata bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia
Ramasamy yang kini merupakan Setiausaha Antarabangsa DAP mengulas dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa Hindraf mendapatkan sokongan dari kumpulan-kumpulan pengganas.

Dakwaan Musa itu, yang terkandung dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, ekoran dakwaan yang sama yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di mahkamah Rabu lalu apabila beliau mendakwa Hindraf telah bertemu dengan anggota LTTE.
Penasihat Undang-undang Hindraf, P Uthayakumar - antara mereka di sebalik perhimpunan pada 25 November lalu sebagai membantah peminggiran masyarakat India - berkata dakwaan itu adalah palsu.
'Mana buktinya?'
Ramasamy berkata, kerajaan sepatutnya menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut dan bukannya menggunakan taktik seumpama itu.
"Lihatlah masalah masyarakat India dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Itu sahaja. Apa pula kaitannya dengqan LTTE?," katanya ketika dihubungi hari ini.
"Dengan cuba mengaitkan dengan keganasan, mereka cuba memburuk-burukkan Hindraf. Ia bertujuan untuk mengelak menyelesaikan masalah. Ia karut semata-mata, dan tidak ada asas langsung," katanya. Beliau juga meminta Musa untuk memberikan bukti-bukti terhadap tuduhannya itu.
"Tidak ada pun (sokongan) LTTE. LTTE sendiri perlukan sokongan. Apa sokongan yang mereka boleh berikan kepada kita? Kita tidak perlu sokongan mereka. Ini adalah masalah Malaysia," tegasnya.