SPR tentukan tarikh pilihan raya Sabah hari ini
Diterbitkan: Oct 16, 2025 8:24 AM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu.
Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.
Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.
Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.
- Bernama.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/09/86c5cc4b47cbdf710e733ee916dfe31e.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/8b894ded1e6bf4cb234425bc94077c6d.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/991fd3d2daa1882c7dd7cff289a1acd1.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/1738a3ab51fb57e2d31224045bd7c54f.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/06/928fd4e2c958876f8908aa803745561e.jpg)