Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRN Sabah: SPR dijangka bincang tarikh Khamis ini

Mesyuarat khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu Nota Kepada Pengarang hari ini memaklumkan mesyuarat berkenaan akan bermula pada pukul 10 pagi, diikuti sidang media yang dijadual berlangsung pada 11 pagi.

"Semua wakil media dijemput hadir untuk membuat liputan majlis ini," menurut kenyataan itu.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah Ke-17.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS