Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UM berdukacita, mahasiswa maut jatuh bangunan asrama
Diterbitkan:  Oct 17, 2025 8:32 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Warga Universiti Malaya (UM) menzahirkan rasa dukacita susulan kematian seorang mahasiswa akibat jatuh dari bangunan asrama petang tadi.

Dalam status di media sosial, pusat pengajian tinggi terkemuka itu juga menyatakan simpati yang mendalam kepada keluarga pelajar itu.

Terdahulu, UM melalui kenyataannya mengumumkan kematian pelajar itu setelah jatuh dari sebuah asrama kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Pihak universiti, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat sukar itu.

Punca kejadian masih disiasat. Bagaimanapun universiti memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.

UM juga menyeru semua pihak menghormati privasi keluarga serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS