Tengku Adnan nafi sebar SMS
Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau adalah orang yang menyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai penemuan satu kontena senjata di Batu Caves, Selangor.
"Saya tiada kaitan langsung dengan SMS itu yang tersebar sejak seminggu lepas," katanya kepada pemberita selepas menutup pesta Tanjung Dawai, dekat Sungai Petani hari ini.
Tengku Adnan berkata SMS itu menyebut beliau sebagai Ketua Umno bahagian Putrajaya mengatakan terdapat satu kontena berisi senjatapi ditemui di Batu Caves, demikian menurut laporan Bernama.
Katanya SMS itu disusuli dengan satu lagi SMS mengatakan dua lelaki Melayu berkumpul di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk membuat demonstrasi menentang Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).

"Semua SMS itu bukan daripada saya. Ini semua kerja orang tidak bertanggungjawab yang mahu negara ini porak-peranda dan tidak aman," katanya.
Beliau meminta orang ramai tidak mempercayai SMS yang disebarkan itu.
Katanya SMS itu turut tersebar dalam internet sejak seminggu lalu walaupun beliau pernah menjelaskan sebelum ini yang beliau tidak pernah terbabit dengan penyebaran kedua-dua SMS itu.
Tengku Adnan turut menyokong penangkapan empat peguam dan empat aktivis kerana terbabit dalam perarakan haram yang bermula di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata tindakan melakukan perarakan haram itu mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat yang inginkan keamanan.
"Mengapa hendak membuat perarakan jika tiada permit. Kumpulan ini kena sedar mereka hanyalah boneka pihak tertentu yang mahu melihat negara ini musnah," katanya.