Semua jalan ke Parlimen ditutup
Polis telah menutup semua jalan masuk ke Parlimen sejak pagi tadi, bagi menghalang penyokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada masuk ke kawasan Parlimen.
Trak dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di sepanjang Jalan Parlimen - jalan masuk utama ke Parlimen dari pusat bandaraya.
Sekatan jalanraya juga diadakan di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, mengakibatkan berlakunya kesesakan lalulintas. Anggota polis juga ditempatkan di sepanjang jalan-jalan utama untuk memantau pergerakan orang ramai.
Semalam, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Bersih dan penyokongnya daripada berhimpun di Parlimen hari ini.

Perintah tersebut - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu - melarang empat individu dan penyokong Bersih yang lain, daripada menghadiri atau menyertai sebarang perhimpunan.
Mereka ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad - serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.
Perintah itu juga menyatakan 'pihak-pihak berkaitan yang lain' turut dilarang mengambil bahagian.
Bagaimanapun, para pemimpin Bersih berkata, mereka akan meneruskan juga rancangan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Polis telah memberi amaran akan menahan mereka yang mengingkari perintah mahkamah tersebut.