Kit Siang pohon cabar perintah mahkamah
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini memfailkan permohonan untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berhimpun di Parlimen semalam.
Para pengkritik menyifatkan arahan tersebut sebagai "tidak sah dan melanggar perlembagaan".
Dalam writ samannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, Lim berkata, arahan tersebut melanggar arahan Parlimen dan satu peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

“Kami meminta mahkamah mengisytiharkan perintah itu batal dan tidak sah," kata Lim yang diiringi oleh sebelas ahli Parlimen DAP, kepada pemberita.
Kali terakhir pergi ke mahkamah berhubung isu-isu kepentingan awam pada tahun 1988 apabila beliau mencabar pemberian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan kepada syarikat yang berkaitan dengan Umno - United Engineers Malaysia pada 1988.
Perintah mahkamah itu diperolehi oleh polis Sentul - yang kedua selepas perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.
Semalam, polis menangkap 26 orang apabila anggota Bersih pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan bagi melanjut tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), termasuk pengerusinya, sehingga umur 66 tahun.
Tujuh orang daripada mereka ditahan ketika meninggalkan bangunan Parlimen selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil rakyat pembangkang.
Dalam permohonan itu, Lim menamakan ketua polis Sentul (yang memohon perintah mahkamah itu), Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defenden.