Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nga terima dengan terbuka teguran, sedia jumpa wakil media
Diterbitkan:  Nov 2, 2025 11:24 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerima dengan hati terbuka teguran berhubung insiden yang berlaku ketika sidang media prapelancaran program pencahayaan I Lite U baru-baru ini.

Nga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata dia sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan dalam kejadian itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sehubungan itu, kata Nga, dia bersedia untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

“Selaku pemimpin saya ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutamanya wartawan yang merupakan tonggak informasi kerajaan Madani.

“Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Nga turut menzahirkan penghargaan atas sokongan media yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada rakyat seperti yang berlangsung selama ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS