Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
GLOBAL | Taufan Melissa di Jamaica ragut 28 nyawa
Diterbitkan:  Nov 2, 2025 9:45 PM
Dikemaskini: 1:45 PM

Angka kematian akibat Taufan Melissa di Jamaica meningkat kepada 28 orang, kata Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Jumaat, Menteri Penerangan Jamaica Dana Morris Dixon berkata angka kematian akibat bencana meningkat kepada 19 orang.

“Kerajaan mengesahkan 28 kematian berkaitan Taufan Melissa,” kata Holness di X.

Beliau berkata laporan menyeluruh mengenai angka kematian masih dalam proses pengesahan.

Awal minggu ini, beberapa negara termasuk United Kingdom, Kanada dan Venezuela menghantar bantuan kemanusiaan kepada negara yang terjejas akibat bencana itu.

Taufan Melissa melanda Jamaica pada Selasa sebagai ribut kategori kelima, menyebabkan banjir besar serta kerosakan teruk terhadap infrastruktur. Taufan itu kemudiannya melintasi Cuba, Republik Dominika, Haiti dan beberapa negara pulau kecil di Caribbean, menyebabkan kemusnahan di sepanjang laluannya.

- Bernama-Sputnik/RIA Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS