Gobalakrisnan hadapi tuduhan rosakkan pintu pagar kuil
Anggota Majlis Tertinggi PKR, Rakyat N.Gobalakrishnan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap tuduhan merosakkan dua pintu pagar Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves semasa perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Besar Batu Caves di hadapan kuil berkenaan antara jam 1 dan 8 pagi, dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum hukuman penjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hadir mengetuai barisan pendakwaan manakala Gobalakrishnan diwakili peguam R.Sivarasa dan G.K.Naidu.
Hakim Nursinah Adzmi membenarkan Gobalakrishnan diikatjamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Menurut laporan Bernama, beliau juga membenarkan permohonan Abdul Gani supaya kes itu dibicara serentak dengan kes 31 pengikut Hindraf di hadapan Hakim Azimah Omar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dari 14 hingga 18 Januari depan.
Sebelum itu, Abdul Gani membantah sebarang ikatjamin kepada Gobalakrishnan kerana kesalahan yang dilakukan mengikut 149 Kanun Keseksaan tidak membenarkan tertuduh diikatjamin melainkan dengan budi bicara mahkamah.
Ikatjamin
Katanya walaupun kes Gobalakrishnan adalah berkaitan dengan kejadian perhimpunan haram di Batu Caves, kes itu berlainan sedikit dengan kes 31 tertuduh dipercayai pengikut Hindraf yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan Hakim Azimah pada 4 dan 5 Disember lalu.
"Selain didakwa menyebabkan kerosakan harta awam dalam perhimpunan haram pada 25 November itu, 31 tertuduh terbabit turut menghadapi pertuduhan cubaan membunuh seorang pegawai polis tetapi tertuduh (Gobalakrishnan) hanya didakwa atas satu tuduhan sahaja," kata Abdul Gani.
Sivarasa pula memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikatjamin dengan alasan bahawa Gobalakrishnan berada di tempat kejadian untuk melakukan upacara keagamaan yang dipanggil `Karthigai' dan beliau turut mengemukakan sekeping resit sebagai bukti bahawa anak guamnya telah menempah kuil itu pada 20 November lalu.
Bagaiamanpun, Abdul Gani berkata pendakwaan mempunyai saksi yang akan membuktikan bahawa pada hari kejadian tiada sebarang aktiviti keagamaan dianjurkan di kuil itu.
"Memang tertuduh berada di tempat kejadian tetapi sama ada dia melakukan aktiviti keagamaan atau tidak, itu yang menjadi isu," katanya.
Sehingga petang ini, Gobalakrishnan gagal membayar ikatjamin.